perlukan bantuan carian????

Halaman

DIARI AMIRIL

diriku insan biasa,
lahir bukan dari orang berada,
merantau melata menggenggam amanat bonda.

ayahku pegawai sahaja,
di sebuah bank di dalam negara,
pagi petang di tempat kerja,
membanting tulang demi keluarga tercinta.

ibuku pula,
profesion biasa,
gigih menjana anak bangsa,
membakar diri buat mereka,
kemenara gading puncak cita-cita.

adikku dua,
seorang adam seoarang hawa,
bersekolah bersama-sama,
demi diri dan keluarga,
berkorban diri dan masa,
siang malam ketawa bersama,
itulah keletah mereka.

keluargaku besar belaka,
pak long,pak ngah,mak cik,pak cik tak lupa mertua,
sentiasa dihati meskipun dimata tiada,
menghibur hatiku dikala duka.



Arkib Blog

Rabu, 13 November 2013

Mata Hati Malam

sebelum melelapkan mata ini,
cuba tutup lampu,
rapatkan pintu.
biarkn kita disimbahi kegelapan malam.
hentikan dendangan lagu.
sunyi...?
baringlah..
kemudian,,,
bayangkan dosa2 yg pernah kita lakukan,
layakkah kita menghuni syurga?
setimpalkan amalan kita didunia utk meraih nikmat syurga?
andai Izrail menjemput kita tanpa diduga,
sedang kita leka nikmat dunia,
bagaimanakah kematian kita?
nikmat,, atau sebaliknya?
Ayuh,,,
pejamkan mata..
istighfar selagi berbaki masa.
sebelum dijemput Pencipta.
-Tuah Amiril-
#selamatMALAM #Istighfar

Tiada ulasan: