perlukan bantuan carian????

Halaman

DIARI AMIRIL

diriku insan biasa,
lahir bukan dari orang berada,
merantau melata menggenggam amanat bonda.

ayahku pegawai sahaja,
di sebuah bank di dalam negara,
pagi petang di tempat kerja,
membanting tulang demi keluarga tercinta.

ibuku pula,
profesion biasa,
gigih menjana anak bangsa,
membakar diri buat mereka,
kemenara gading puncak cita-cita.

adikku dua,
seorang adam seoarang hawa,
bersekolah bersama-sama,
demi diri dan keluarga,
berkorban diri dan masa,
siang malam ketawa bersama,
itulah keletah mereka.

keluargaku besar belaka,
pak long,pak ngah,mak cik,pak cik tak lupa mertua,
sentiasa dihati meskipun dimata tiada,
menghibur hatiku dikala duka.



Arkib Blog

Ahad, 18 September 2011

ASAL USUL IBLIS

Alkisah, beribu-ribu tahun sebelum ada manusia, dunia ini sudah dihuni oleh sejenis makhluk dari golongan jin, mereka dibezakan antara laki-laki dan perempuan. Di antara mereka ada yang beribadah dan ada yang tidak, walaupun Allah mewajibkan mereka beribadah menyembahNya. Allah SWT. berfirman, "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu." (QS. Adz-Dzariyaat: 56)
Di antara sekian banyak keturunan jin, Izzazil adalah yang paling taat kepada Allah.Berbeza dengan manusia, jin boleh berumur sampai ribuan, bahkan puluhan ribu tahun.Begitu pula Izzazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun. Kemudian atas permintaannya ia dipindahkan oleh Allah ke langit pertama. Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing tingkatan langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Izzazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun. Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke darjat Al-Muqarrabun, iaitu darjat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Izzazil sebagai imam para malaikat yang berkedudukan di langit. Merasa berada dalam darjat yang mulia, maka ketika Allah memerintahkan dirinya dan para malaikat bersujud kepada Adam, Izzazil dengan pelbagai dalih menolak.Penolakan itu disebabkan kerana ia merasa lebih mulia dan lebih baik berbanding Nabi Adam as. Selain itu ia juga merasa bahawa dirinya makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi martabatnya berbanding Nabi Adam yang baru diciptakan Allah swt. Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya punca utama mengapa Izzazil membangkang perintah Allah swt. Kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari syurga dan dinamakan iblis. Sebelum meninggalkan syurga, iblis sempat bersumpan akan mengganggu dan menggoda keturunan Adam sampai hari kiamat. Kita tengok kembali bagaimana Al-Quran menggambarkan kisah pasangan Adam dan Hawa di syurga. Mereka tidak menikmati dan menggunakan segala keistimewaan syurga kecuali makanan buah khuldi. Ternyata satu-satunya larangan Allah, itulah yang dimanfaatkan oleh iblis untuk menyesatkan Adam dan Hawa. Sesuai dengan sumpahnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa dan keturunannya, maka iblis sekuat tenaga merayu dan memujuk Adam dan Hawa supaya melanggar larangan yang Allah tetapkan bagi mereka. Dengan usaha yang keras dan tidak kenal menyerah, akhirnya Adam dan Hawa tergoda juga mendengar rayuan iblis. Walaupun hanya satu larangan yang ditetapkan oleh Allah bagi mereka, tetapi ternyata satu larangan itu membuat mereka penasaran. Apalagi rayuan iblis yang tidak kenal menyerah. Mereka pun memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah swt. itu. Akibatnya, Allah pun mengeluarkan mereka dari syurga dan menurunkan ke dunia. Firman Allah, "maka syaitan (iblis) menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) maka dikeluarkanlah mereka dari tempatnya (syurga). Dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian kamu adalah musuh bagi sebahagian yang lain. Dan bagi kamu ada tempat kediaman dan kesenangan sementara di muka bumi. "(QS. Al-Baqarah: 36) Sebenarnya, Adam, Hawa, para malaikat, dan setan sudah mengetahui suatu saat Adam dan Hawa akan diturunkan ke bumi, mengingati Adam akan diangkat menjadi khalifah di bumi. Hanya saja, mereka tidak mengetahui bila-bila saatnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Itulah sebabnya ketika iblis diusir dari syurga kerana pembangkangan perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, ia secara sembunyi-sembunyi menyusup ke dalam syurga berusaha memperdayai Adam dan Hawa supaya derhaka kepada Allah. Kerja keras iblis tidak sia-sia, Adam dan Hawa terpedaya dibuatnya, sehingga mereka diturunkan ke bumi. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharram, malam hari, seiringan dengani iblis yang juga diturunkan ke bumi. Dengan cucuran air mata kerana sedih, Adam dan Hawa terpaksa menjalani hukuman itu. Oleh Jibril Adam diturunkan di bukit ruhun di Surandib, pulau Sailan. Sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka harus menghadapi persekitaran baru yang serba asing dan sukar, jauh dari kenikmatan syurga yang pernah mereka diami diami.Diriwayatkan, sejak mereka diturunkan dari syurga, selama hampir seratus tahun mereka tidak bertemu. Tetapi Allah kemudian mengutus malaikat Jibril memerintahkan Adam dan Hawa melakukan ibadah haji. Setelah keduanya melakukan tawaf tujuh kali, mereka menyatakan bertaubat kepada Allah, dan Allah mengampuni dosa mereka. Setelah melaksanakan ibadah haji, atas petunjuk malaikat Jibril, Nabi Adam melakukan perjalanan jauh ke Jeddah untuk menemui Hawa. Berbulan-bulan Adam menyusuri padang, lembah dan bukit, sampai akhirnya bertemu dengan Hawa di sebuah padang yang kemudian dinamakan Padang Arafah, ertinya mengenal kembali. Nabi Adam menceritakan kepada Hawa bahawa Allah, melalui malaikat Jibril, mewajibkan mereka melaksanakan Tawaf iaitu mengelilingi Hajar Aswad sebanyak tujuh kali. Dan untuk mendirikan tempat ibadah, Allah memerintahkan Jibril mengambil batu hitam di syurga untuk mendirikan Kaabah. Dengan bantuan para malaikat, Adam dan Hawa membina tempat ibadah dan masjid yang bernama Baitul Makmur. Setelah berdiri dengan gagahnya, di tengah-tengah masjid tersebut diletakkan Hajar Aswad. Kemudian Adam dan Hawa bertawaf. Inilah masjid pertama yang berdiri di muka bumi itu. Tetapi, pada masa Nabi Nuh as. masjid Baitul Makmur tersebut kena serangan angin taufan, sehingga dipindahkan ke langit ketujuh. Di tempat itu, masjid Baitul Makmur dijadikan kiblat para malaikat. Ketika Nabi Muhammad saw melakukan mi'raj, beliau sempat menjadi imam para malaikat pada waktu solat di masjid tersebut. Setelah bertemu di Padang Arafah, dan menunaikan ibadah haji, Adam dan Hawa hidup dalam lingkungan rumah tangga sebagai suami isteri. Mereka menurunkan beberapa anak yang menyebar ke segala penjuru dunia, sehingga kini kita kenal pelbagai bangsa dan suku.

Tiada ulasan: