perlukan bantuan carian????

Halaman

DIARI AMIRIL

diriku insan biasa,
lahir bukan dari orang berada,
merantau melata menggenggam amanat bonda.

ayahku pegawai sahaja,
di sebuah bank di dalam negara,
pagi petang di tempat kerja,
membanting tulang demi keluarga tercinta.

ibuku pula,
profesion biasa,
gigih menjana anak bangsa,
membakar diri buat mereka,
kemenara gading puncak cita-cita.

adikku dua,
seorang adam seoarang hawa,
bersekolah bersama-sama,
demi diri dan keluarga,
berkorban diri dan masa,
siang malam ketawa bersama,
itulah keletah mereka.

keluargaku besar belaka,
pak long,pak ngah,mak cik,pak cik tak lupa mertua,
sentiasa dihati meskipun dimata tiada,
menghibur hatiku dikala duka.



Arkib Blog

Jumaat, 20 Julai 2012

DENDAM . Perlu atau tidak ?

Dendam yang bersarang didalam hati boleh menjadi racun dalam fikiran kita . Sakitnya dada menanggung geram boleh memusnahkan kita dalam diam .

NAMUN , 
Kita dikurniakan akal fikiran , 
yang mampu membezakan yang benar dan batil.
akal yang bersih menjamin jiwa yang tenang , ampuh dalam selaran dendam kesumat SYAITAN laknatullah .

PILIHAN kita ,
samada berbincang atau memaafkan sesorang itu dengan sifat terbuka . ALAHHH, tak kemana pun sakit hati tu , melainkan kita tidak kuat dalam memilih kebenaran yang jelas, nyata.

SEBALIKNYA dan SEBAIKNYA ,
kita mengalah, bukan bermakna kita kalah , tapi kerana kita takut jika kita mati dengan sorakkan SYAITAN yang telah menanam benih dendam itu .

^.^ ... fikirkan ...