perlukan bantuan carian????

Halaman

DIARI AMIRIL

diriku insan biasa,
lahir bukan dari orang berada,
merantau melata menggenggam amanat bonda.

ayahku pegawai sahaja,
di sebuah bank di dalam negara,
pagi petang di tempat kerja,
membanting tulang demi keluarga tercinta.

ibuku pula,
profesion biasa,
gigih menjana anak bangsa,
membakar diri buat mereka,
kemenara gading puncak cita-cita.

adikku dua,
seorang adam seoarang hawa,
bersekolah bersama-sama,
demi diri dan keluarga,
berkorban diri dan masa,
siang malam ketawa bersama,
itulah keletah mereka.

keluargaku besar belaka,
pak long,pak ngah,mak cik,pak cik tak lupa mertua,
sentiasa dihati meskipun dimata tiada,
menghibur hatiku dikala duka.



Arkib Blog

Rabu, 10 Ogos 2011

TIP-TIP MUSIM EXAM . . . .

Kalau citer je pasal exam ni , , mesti ramai cuak . .
mana taknya,
persediaan tak de..
ilmu kurang,takut,gementar.
pendek kate,kalau diberi WISH yang boleh makbul,mesti korang wish tak nak exam .

perasaan korang semakin bercampur baur bila keputusan exam dah nak di umumkan terutama SPM CANDIDATE...
sehari sebelum keputusan nak kuar,
FUHH,
malam tak leh tidur,makan tak lalu,mandi pon ala kadar je.
kirenya korang ni mcm pompuan MEROYAN lepas bersalin .
hahahaha..

actually,aq nak kongsikan beberapa tip yang aku amalkan bila exam dah nak dekat..

1)banyakkan berdoa,maklumlah kita ni banyak kekurangan
2)buat soalan past year supaya korang biasa dengan format soalan
3)banyakkan minum air coz kalau badan kurang air,tumpuan korang berkurang
4)selalu berfikir positif, JANGAN CEMASKAN DIRI KORANG !!!
5)siapkan alat tulis dan alatan yang perlu dibawa semasa peperiksaan
6)mohon restu daripada ibu dan ayah tak lupa juga pada guru korang.

bila korang dah berusaha,jalan akhir adalah TAWAKAL kpd ALLAH..
berserahlah bulat2.
insyallah kejayaan akan menghampiri korang..

INGAT!!!!
KEJAYAAN AMAT INDAH ....